Friday, October 19, 2012

Bismillah...

Jika inginkan kejayaan di sini dan di sana, janganlah lupa kepada Bismillah. Manusia yang mampu menterjemahkan kalimah ini dalam hidupnya insyaAllah akan berupaya membahagiakan dirinya dan juga orang lain di sekelilingnya.

Kenapa?

Kerana Bismillah ini terdiri daripada sifat pemurah dan sifat penyayang. Maknanya kalau kita terapkan sifat ini dalam hidup kita, wajiblah kita akan disukai. Mereka yang pemurah harus tidak akan dibenci. Bila kita menjadi penyayang, tentulah juga orang akan sayang kepada kita.

Justeru itu, marilah kita terjemahkan kalimah Bismillah ini dalam hidup kita menerusi amalan, melalui perbuatan, bukan sekadar ucapan di lidah sahaja, tidak sebagai adat, tapi sebagai ibadat.

Jadi marilah menjadi yang pemurah dan penyayang. Menafsir Bismillah tentulah tidak sekadar syarat memulakan sesuatu semata-mata. Allah mengizinkan sesuatu sampai kepada kita tentulah banyak lapis makna dan manfaatnya. 

Menjadikan amalan Bismillah sebagai amalan hidup harian, iaitu menjadikan diri kita seorang yang pemurah dan seorang yang penyayang dengan penuh insaf dan ikhlas, wajib syurgalah janjinya.

Tentulah kita diukur berjaya di sini jika kita disukai kerana pemurahnya kita. Tentulah juga kita diukur berjaya di sini jika kita disayangi kerana penyayangnya kita.

Inilah juga Law of Attraction yang selama ini diagung-agungkan di barat. Sekian lamanya, umat Islam itu dididik supaya yakin bahawa buat baik balasannya baik, buat jahat balasannya jahat. Itulah Law of Attraction.

Jadi marilah kita berbismillah...

Wallahualam..




No comments:

Post a Comment